Thursday, February 3, 2011

Bisnes Kentang Spring

0 comments

Dah lame betul aku tak singgah pasar malam. So balik dari keje, aku terus gi pasar malam kat bangi ni. Nak beli murtabak ngan bakso untuk family aku. Round punyer round aku nampak ler satu brader ni jual kentang goreng. Menarik gak kentang goreng ni sebab care sajian die nampak lain daripada yang lain. Kentang ni dipotong berpintal-pintal macam spring. Ade mesin khas nak buat patern camtu. Kentang yang dah jadik spring ni akan dicucuk dengan lidi, jadik cam satay. Pastu digoreng. Sebelum goreng, kentang ni dicelup dulu dengan perisa-perisa tertentu. Pergghh! senang je...

Ramai lak tu yang beli kentang spring ni especially bebudak. Berebut-rebut! hehehe..Untung-untung. Boleh buat bisnes ni!

Leka aku kejap nengok brader tu niaga. Sampai aku dah lupe nak beli murtabak ngan bakso. Selesai beli barang, aku terus balik rumah. Mandi, lepak2 sat. Layan anak aku bagai.

Lepas tu, seperti biasa aku pon menghabiskan masa aku dengan Pakcik Gugel. Aku search la pasal bisnes Kentang Spring ni. Best jugak, sebab aku rase kos nak bukak bisnes ni takler tinggi sangat. Pastu cara nak prepare/masak kentang ni pon easy je. Sonang bai tu! hehehe. aku rase senang ler...tak tau ler  orang lain kan? 

Pakcik gugel ade gak jumpe pakej nak bukak bisnes kentang spring ni. Harga pakej roughly dlm RM700 ke atas. So sesape berminat bolehler invest duit korang dalam bisnes ni.

Hasil Carian aku mengenai Kentang Spring: 

Potato Spring, Spring Potato, Twist Potato, Tornado Potato, Spiral Potato, Kentang Spring - KentangSpring.com

Nak check harga/kos mesin kentang spring? korang check kat mudah.my je. Easy...

Wednesday, January 12, 2011

Bangun Pagi, Gosok Gigi

0 comments
Salam. Selamat Pagi! dah lebih 2 bulan aku tak update blog. So sempena tahun baru ni ( dah 2 minggu da!) aku akan kembali aktif....insyaAllah.

Saturday, October 9, 2010

Membuat Sebuah Light Tent untuk fotografi - DIY!

1 comments
Ade beberapa projek yg membuatkan aku amat memerlukan sebuah light tent. Ingatkan nak beli sebijik macam gambar sebelah ni. Tapi aku rase macam tak berbaloi. Aku bukannyer kerap guna mende ni pon. 

Tak selalu guna satu hal. Mahal pon iye jugak. Nak jimat kos punya pasal...DIY.
So, setelah refer pada orang2 terer, sifu , sahabat dan  google. Aku decide untuk DIY sebuah light tent.

Maka aku pun ke Tesco berdekatan dan cari bahan-bahan-nya.



Antaranya adalah :

Corru Board
x 4pcs . Kawan aku sarankan pakai mende ni sebab surface die mmg best utk bounce cahaya. Aku beli dalam 4 keping.

Study Lamp with Clipper x 3 bijik. - Memang best lampu ni sebab very fleksibel dan senang nak adjust. Lampu ni leh sumbat mentol 5w - 40w.

Mentol Philips 20w x 3 bijik - Jenis cahaya kaler putih. Extra bright...kecerahan boleh pergi sampai 100w

Kad Manila kaler Putih & Hitam.

Peralatan tambahan yang lain aku guna selotep, clipper, pisau etc.


Bahan dah cukup, Peralatan dah lengkap. Maka siaplah Light Tent aku. Ada dalam setengah jam jugakler nak buat mende alah ni. 

Amacam? Ok tak light tent aku ni? hehehe. Walaupun tak sama macam light tent yg mahal tapi ianya berfungsi. Janji boleh pakai. Study lamp aku klip kan kat meja PC aku. Mmg best, mudah fleksibel, senang nak adjust.


Bahagian atas terpaksa aku buat lubang. Pastu aku tutup dengan kertas A3. Aku buat camni sebab cahaya tak cukup la. Kad Manila diletak melengkung. Klipkan bahagian hujung supaya tak bergerak.
Ni hasil Light Tent DIY. Aku shoot guna Lumix LX3  tanpa flash. Tu pasal aku kena buat lubang pada bahagian atas tent and tutup dengan kertas. Nak kasi banyak cahaya masuk.  Papehal pun aku memang puas hati dengan hasil yang aku dapat. Yeah!!

Update: Canon EOS 400D Kit and Accessories for sale

0 comments
Pakej 1 telah selamat dijual!
Item: EOS 400D Kit, EF-S 55-250mm lens, CF card, Camera Bag, Lens Filter

Untuk lihat pakej yang lain sila klik 400D untuk dijual

Tuesday, September 28, 2010

Duit Internet - Pendapatan Lumayan yang tidak dijangka!

0 comments

Berbagai cara untuk mencari duit lebih pada zaman sekarang. Salah satu cara adalah melalui teknologi internet. Canggih kan? 10 tahun dulu tak ramai yang yakin kita boleh buat duit secara online. Nah..cuba lihat sekarang pelbagai insentif atau program yang terhasil untuk menjana pendapatan secara online.

Antaranya Bisnes Online, MLM dan Program Affliate.

So, apa yang saya nak beritahu kat sini ialah buat duit melalui Program Affliate. Apakah tu program affliate?. Boleh refer kat sini.

Boleh buat duit ke kalau sertai program macam ni? Jawapannya MEMANG BOLEH kalau kena pada caranya.

Program Affliate yang dimaksudkan adalah Program Affliate Multi-Tier HyproBulkSMS.
Anda boleh klik pada link tersebut atau banner dibawah untuk mengetahui dengan lebih terperinci.

Hyprobulksms

Kelebihan sertai Program HyproBulkSMS
  • Bisnes Online Yang Mudah - Hanya Promosi Web Replika Anda.
  • Modal Perniagaan Yang Rendah RM250 - RM1000 Sekali Seumur Hidup.
  • Pelan Pemasaran Yang Lumayan Sehingga 100% Komisyen.
  • Tiada Pairing, Tiada Pangkat, Tiada Had Masa.

Nak Tahu Rahsia Bagaimana Saya Dan Anda Boleh Menjana RM500 - RM1000 Seminggu Dengan
Cara Pantas Dan Mudah ? Sila hantar detail anda iaitu Nama dan No. Tel ke email: ridhuan.ahass@gmail.com. Saya akan hubungi anda secepat mungkin dan berkongsi caranya.

Sekarang anda dah tahu cara nak buat duit secara online melalui program HyproBulkSMS.
Kepada sesapa yang berminat dan ingin mencari duit sampingan. Amat digalakkan mencuba.

Sertailah HyproBulkSMS sekarang

Monday, September 13, 2010

Aidilfitri Shoot Out

2 comments





Visit My Flickr

Sunday, August 22, 2010

Bazaar Ramadhan : Murtabak

1 comments

  1. Ramadhan tahun ni, aku cuba kurangkan berbelanja di bazaar ramadhan. Ini bermakna orang umah kena kerja lebih untuk menyediakan juadah berbuka. 
  2. Bulan ramadhan, juadah kegemaran adalah Murtabak. Tak pernah missed tiap tahun.
  3. Disebabkan orang umah tak berapa reti nak buat murtabak. Jadi aku kenalah juga singgah ke Bazaar Ramadhan.
  4. Murtabak ni ade macam jenis sekarang ni. Murtabak Daging, Ayam, Murtabak Singapore, Murtabak Jala, Murtabak Mee Maggi. Macam-macam ada la. 
  5. Tapi sungguh menyedihkan, sebab ramai peniaga-peniaga murtabak ni macam tak jaga kualiti. Isi murtabak penuh dengan sayur. Kuah kari jernih macam kuah maggi. Nak untung betul tu. Nak pergi haji cepat agaknye.
  6. Tak semua peniaga yang macam tu. Kalau ke Bazaar Ramadhan di PKNS Bdr Baru Bangi. Mutabak "Selekoh" dan Murtabak "Keramat" memang memuaskan. Superb! Harga pun boleh tahan memang kena pada saiz murtabak. Rase pun sedap.
  7. Kuah bawang untuk dicecah memang aku selalu mintak lebih. Lazat!

Tuesday, August 10, 2010

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1431H/2010M Bagi Negeri Selangor

0 comments

Untuk jadual kawasan lain sila ke laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sunday, August 8, 2010

Fun time

3 comments
Sesambil jalan di Warta. Bagi Zulaikha naik kapalterbang ngan Ultraman. Zulaikha excited sangat. Seronok agaknya. Ramai bebudak kerumun nak naik. Mak bapak dorang cam tensen sebab aku start on ultraman ni. Punyelah tak nak melayan kerenah anak-anak dorang, siap cakap ultraman tu dah rosak. Pelik? Ape pasal tak nak kasi anak ko hepi kejap? Mungkin sampai satu tahap nanti, mak bapak dah malas nak melayan anak-anak. Aku akan jadik jenis camtu ke?


Saturday, August 7, 2010

Top 10 kartun gempak pada era 80-an

0 comments
Seharian aku teman anak aku tengok tv. Macam-macam siaran kartun aku bukak. Semua tak berjaya menarik minat anak aku. Yang die suke rancangan masak-masak. hehehe. Pelik.

Masa aku kecik-kecik dulu, kalau tak dapat tengok kartun. Tak tidur aku di buatnya. Siap pesan kat ayah aku, suh record simpan dalam video tape.  So kat sini aku senaraikan top 10 kartun tergempak.

10) Thundercat
Tempat ke 10. Thundercat, "Cheetarah lari laju, terbukak baju". Bebudak sekolah dulu nyanyi camtu. Kisah pahlawan kucing yang berperang dengan antu mumia. Pedang dari kontot jadik panjang.



9) Visionaries
No.9 adalah Visionaries. Aku memang kagum ngan kartun ni. Gempak giler idea citer kartun ni. Power orang boleh bertukar jadik haiwan berdasarkan lambang perisai.




8) Dungeon and Dragon
Kisah bebudak sekolah pergi fun fair langsung termasuk ke dunia magik dan naga. Masing-masing ada power unik. Aku suke mamat yang pegang perisai tu. hehehe





7) Centurion
No .7 adalah Centurion. Pakai baju special yang boleh attach macam-macam gajet atau weapon. Aku pelik ape pasal die bela orang utan. Dulu ayah aku ada belikan toy centurion. Dapat yang mamat kaler biru cerah tu. Boleh jadik kapal terbang.




6)Bravestarr
Kisah koboi bintang angkasa. Menarik!




5)He-man
Ramai bebudak terjerit-jerit nak jadik he-man. Harimau hijau yang pengecut boleh jadik berani. 'Sheera' pulak untuk edisi perempuan. tapi Sheera tunggang kuda/unicorn.




4)M.A.S.K
Yaa, ini adalah salah satu siri kartun kegilaan ramai kanak-kanak satu waktu dahulu. Tak kelip mata nonton siri kartun ni. Kisah orang-orang yang ada kenderaan yang boleh convert jadik kenderaan perang/berperisai. Sempat gak sambar toys watak mamat yang naik motor hijau. Motor tu boleh tukar jadik helikopter.





3)Voltron
Voltron adalah kisah satu group pahlawan yang menggunakan robot harimau untuk melindungi bumi. Apabila robot2 harimau ni bergabung, jadikler sejibik robot besar yang hensem. Dorang ni takde keje lain, hari2 lawan alien.




2)Silverhawks
Siri kartun yang begitu unik dan aku berangan nak terbang macam dorang.




1) Transformer
No.1 adalah milik Transformer. Favorite sesangat. Gua sanggup skip makan KFC kalau ciiter ni on air. Tapi aku agak tak puas hati, sebab dari dulu sampailer sekarang. Tak pernah aku dapat beli Transformer ni.




Itulah dia senarai top 10 kartun tergempak era 80an. Tapi aku nak add one more. Walaupun bukan dalam top 10 list. tapi gempak jugakler! hehehe

Bonus: Saber Rider



Siri kartun lain yang jugak menarik:
- Mospeada
- GI Joe

Kesimpulannya, byk giler siri kartun yang gempak-gempak pada masa tu.
older post
Related Posts with Thumbnails